Thursday, 19 January 2012

Happy Chinese New Year

Salam Kehidupan,

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina pada semua rakyat Malaysia terutamanya yang berbangsa Cina . Semoga cuti yang agak panjang ini memberi kebahagiaan kepada semua .

Dan saya pula kali ini memilih untuk bercuti di Pantai Timur dan Terengganu menjadi pilihan kali ini . Di harapkan perjalanan pergi dan balik akan di lindungi - Nya

*recycle picture taken 4 years back hehehe

Monday, 16 January 2012

azam 2012

Salam kehidupan...

semua orang punya azam sempena tahun baru, aku plak baru kini punya azam. almaklum lah cuti seminggu dari X-mast hingga ke new year terasa mcm malas nak pikir apa yang patut aku buat sempena tahun 2012

hmmmm rasa nye mcm x banyak je perubahan untuk azam tahun nie ... dan azam aku pun simple seperti orang lain iaitu meningkatkan taraf kehidupan akan tetapi aku target simpan duit seberapa yang aku mampu untuk membeli barang2 ini...

nak replace aku nye current DSLR ... dah 4 tahun pakai DLSR tu hinggakan model tu dah x jual lagi.. senang cite EOL (end of life ) ... mungkin yg baru boleh pakai masa trip ke Cambodia trip bulan 6 nanti

nak buat renovation dapur ... umah pun dlm progress so by Dec 2012 at least mau le ada dlm RM15k utk buat kitchen bodo2 mcm nie... adoiiii jenuh nak mencari duit mcm nie

ehmmmm of coz le aku nak tukar kete aku skrg nie... cukup le kot dah 4 thn pakai myvi tu... perhaps by Nov aku boleh tukar sempena aku nye birthday treat.... kalo aku tak kasi utk diri sendiri siapa lagi nak kasi... oh yaaa Mazda 3 memang sexy dan cantik

selain dari kitchen utk umah baru nanti... kepala otak dok plan juga nak buat ruang tamu mcm nie... ada special effect kat wall tu heheheheh
dan last but not least... habiskan aku nye Chartered Institute of Purchasing and Supply (CIPS) ... then baru lah aku pikir samada nak keje tempat baru atau remain dengan Dutch Lady with better offer.. maklum lah by 2013 aku dah boleh tukar title aku Mohamad Taufik Bin Mohd Ali with title kat belakang ada MCIPS hehehehe

insya-allah ada kemahuan semua nye boleh ... yang penting USAHA dan selebihnye biar ALLAH yang tentukan ....

Monday, 9 January 2012

Majalah VS seluar

Salam Kehidupan

Seperti kebiasaan , apabila masuk je bulan baru aku mesti nak gi kedai menjenguk majalah2 terbaru yang berkonsepkan Deko dan travel review. And this time aku beli something yang sedikit moden (maklum le dah lama sangat jadi penggemar IMPAIN dan ANJUNG SERI) iaitu

1. GLAM Deko
2. HomeDesign
3. Impiana
4. Santai

sedikit study untuk buat bagi persedian TERATAK KASIH yang di jangkakan akan siap 12 bulan lagi. so adalah di harap sedikit pelaburan ini akan membantu aku menyiapkan rumah yang telah lama aku impikan.

Sebelum aku beli majalah nie.. sempat le juga aku gi ambil seluar jeans aku nie yang di alter kan kat kedai di IKANO tue.. apa apa pun aku happy dengan design 3 seluar yang aku beli nie sebab inilah hasil titik peluh aku bekerja setahun untuk mendapatkan 3 helai jeans (seluar jeans aku yang lain banyak dah lusuh dan koyak)



Sunday, 8 January 2012

Putu Piring

Hari nie teringin sangat nak cari makanan2 "bac to basic" hehehehe So managed untuk aku mencari Putu Piring dan Bingka Ubi ... elok sangat lah kan minum2 petang sambil layan TV sebelum kuar gi Ikano ambik suar yang aku potong kaki

Jemput makan Semuanye.....


Putu Piring yang comey...

Bengkang uBI yang mabelessss...


Friday, 6 January 2012

jadual Perjalanan

Salam kehidupan

Tahun ini merupakan tahun cabaran minda di mana aku akan bermula menjalani kehidupan sebagai student semula. mana tak nya.. kalo aku nak ada career yang bagus seharusnye aku pun harus ada akademik yang bagus juga kan maka dengan itu aku telah membuat keputusan untuk meneruskan pengajian ku dengan mengambil jurusan Procurement & Logistic daro Bolton University, UK

akan tetapi dalam pada itu resolusi tahunan tidak akan di lupakan juga iaitu 2 percutian d luar negara dan 1 percutian dalam negara.

Maka dengan itu aku telah booking

1. Terengganu - 3 hari 2 malam pada January ini
2. Cambodia - 5 hari 4 malam pada Jun nanti
3. Masih mencari utk percutian akhir tahun


flight confirmed :)


Kerjaya 2012

Salam Kehidupan

pasti yang tertanya-tanya apa yang aku buat untuk meneruskan kehidupan seharian ku. Basically kerja aku nie agak menarik juga (pandangan peribadilah). Aku bekerja di sebuah syarikat terkenal FMCG di malaysia , dan sudah pasti kerja aku banyak berkait rapat dengan internal dan external people dalam menjayakan sesuatu project. Specifically  aku nie bekerja di pengkhususan  Indirect Procurement utk syarikat sekarang nie yang mana ianya lebih support Office Facilities, Production Facilities, Project Management, Contract Management dan juga Corporate Event. Memang tidak di nafikan banyak kerja tetapi aku masih mempunyai waktu untuk membuang masa dengan layan internet .. hehehehe

Dan untuk pembukaan awal tahun 2012, aku sudah di contact oleh 2 headhunter untuk mencuba nasib bekerja dengan sebuah FMCG  sebagai Central Procurement Manager(Malaysia & Singapore) dan sebuah syarikat lagi yang terlibat dalam packaging industry utk Regional Procurement Manager (SEA & APJ) ... opportunity tu memang nampak menarik tapi memandangkan aku akan banyak meluangkan masa di Singapore kerna kedua2 opportunity kerja tersebut reporting nye dengan Procurement Director Singapore sedikit sebanyak memberi ketidakselesan kepada aku. Mana tidak nya, aku akan sambung buat aku punya CIPS bulan February nie so agak susah le sebab kelas akan di buat di Petaling Jaya, Aku harap mereka dapat consider utk relocate di Malaysia saje instead Singapore,

Kalo ada rezeki adalah ye,,, Semua nye terserah pada Allah yang mengatur segala nye kerna bagi aku buat masa ini aku masih gembira bekerja dengan syarikat sekarang ini.

Tuesday, 3 January 2012

Tahun Baru 2012

Salam Kehidupan

Ramai orang membicarakan kemana hendak di sambut tahun baru. Pada dasarnya , aku tak ingin kemana2 sebab rasa macam nak habiskan masa berehat di rumah saja tapi apabila teman2 rapat membuat perancangan ke Pulau Pinang iaitu negeri kelahiranku.. terus aku membuat keputusan untuk join mereka. Iyeeee lah dah 3 bulan tak jumpa si Kecil Danial so mungkin ini lah masa yang terbaik utk aku jumpa dia sesambil tu boleh juga aku membuang masa dengan pusing2 Penang dan juga melahap segala jenis makanan yang ada di Penang tue.





And really enjoy tahun baru kali nie sebab dapat spent masa dengan keluarga dan juga kawan2..

Apa-apa pun selamat Tahun baru semoga segala impian dan cita2 di tahun 2012 ini memberi makna pada semua